Kod Sekolah: JEA 7031, E-Mel: SMKBK7031@yahoo.com.my
No. Tel: +607-9441736, No. Faks: +607-9442675
SEJARAH SEKOLAH

   Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap (SMKBK), telah dibuka pada 1 Jun 1983 di atas sebidang tanah berkeluasan 20 ekar. Sekolah ini diberi nama sempena Pekan Buloh Kasap iaitu pekan yang terletak kira- kira 9 KM dari bandar Segamat. Sekolah ini bermula dengan 3 buah kelas tingkatan satu dan 12 orang guru. Pada permulaannya sekolah ini mempunyai satu blok bengkel, satu blok kantin dan tiga blok 2 tingkat khusus untuk menampung pejabat pentadbiran, bilik guru, perpustakaan, bilik ERT, makmal sains, dewan dan bilik darjah. Berikutan dengan peningkatan bilangan pelajar, dua blok gotong- royong telah dibina pada tahun 1989 dengan kerjasama PIBG. Dalam jangkamasa yang sama, pihak kerajaan telah melaksanakan pembinaan 2 blok tiga tingkat. Seterusnya pada tahun 1999, tambahan 2 lagi blok 4 tingkat telah dibina bagi menampung kelas tingkatan enam aliran sastera yang bermula pada tahun 2001.

   Sehingga kini, seramai 7 orang pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini. Dari segi enrolmen pada tahun 2009, bilangan guru telah bertambah kepada 93 orang, 18 orang kakitangan sokongan dan pelajar seramai 1251 orang.

Senarai Pengetua dari 1983 hingga Sekarang


NAMA PENGETUA
TAHUN BERKHIDMAT
Encik Piara Singh
1 Januari 1983 - 1988
Encik Abdul Hamid Bin Hassan
1988 - 31 Mei 1991
Tuan Haji Abas Bin Haji Abdul Rahman
Jun 1991 - 1995
Encik Tan Keng Chuan
5 April 1996 - 15 Julai 1999
Encik Boo Hian
16 Julai 1999 - 1 Julai 2003
Encik Yasiran Bin Maskom
1 Julai 2003 - 23 Mac 2007
Cik Lee Geok Eng
26 Mac 2007 hingga sekarang
Hak Cipta Terpelihara 2009 - SMK Buloh Kasap Copyright
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.
Menggunakan Mozilla Firefox